Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) lahir daripada idea oleh YAB Menteri Besar Terengganu agar Sebuah Sekolah Sukan dibina di Gong Badak. Pengumuman rasmi penubuhannya telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa penutupan SUKMA ke -12. Kejayaan kontinjen SUKMA Terengganu yang telah menjadi johan keseluruhan temasya sukan terbesar di Malaysia juga menjadi pemangkin penubuhan SSMT. Kejayaan Terengganu ini telah dapat menukar paradigma “Backwater to front runners of sports”, sekaligus menukar persepsi dan membuka mata masyarakat bahawa negeri yang mundur mampu menjadi gergasi dalam sukan di Malaysia dengan hanya menggunakan modal insan tempatan.
SSMT merupakan Sekolah Sukan Malaysia ke-5 selepas SSBJ, SSTMI, SSMP dan SSMS. SSMT lahir daripada kerjasama pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesudian Kerajaan Negeri memberikan tapak tanah yang sesuai secara percuma di kawasan Gong Badak yang berkeluasan 16 ekar membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi bagi merealisasikan hasrat murni ini.
Pelbagai aspek telah diambil kira dalam penubuhan SSMT ini terutamanya dari segi aksesibiliti kemudahan sukan kerana kedudukan bersebelahan Kompleks Sukan Gong Badak, Majlis Sukan Negeri Terengganu, lapangan terbang, hospital awam, perhubungan jalan raya dan bandar Kuala Terengganu. Semua aspek ini menjadikan SSMT merupakan satu hasil idea strategik yang akan menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang hebat dalam bidang sukan. SSMT telah diberi mandat untuk membangunkan lapan jenis sukan iaitu Sepak takraw, olahraga, judo, silat olahraga, lawan pedang, angkat berat, boling padang dan lumba basikal.
SSMT telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya pada 16 Februari 2016 dan beroperasi sepenuhnya pada 16 Julai 2016 dengan ambilan seramai 45 orang atlet murid.
Barisan pentadbir SSMT diterajui oleh Pn. Rosmawati binti Ismail selaku pengetua yang ke-2 dan mula menyandang jawatan tersebut pada 2 Januari 2022 sehingga kini.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
- Menjana atlet berpotensi dan bertaraf dunia.
- Memberi peluang kepada murid di Malaysia cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.
- Memupuk minat dan penglibatan sepanjang hayat dalam bidang sukan.
- Menyampaikan maklumat kerjaya dalam industri sukan seperti Pegawai Pentadbir Sukan, Psikologi Sukan, Jurulatih dan Pelatih.
- Mewujudkan satu asas untuk kajian saintifik dalam bidang sukan.
Warna / Bentuk | Keterangan |
Merah | Berani dan dinamik dalam menghadapi cabaran |
Biru | Perpaduan dan keharmonian warga SSMT |
Kuning | Menjunjung kedaulatan negara |
Hitam dan Putih | Warna rasmi Negeri Terengganu |
Logo bendera Malaysia | Impian mengibarkan bendera Malaysia di persada dunia |
Fortis | Kuat |
Magna | Hebat |
Virtus | Kuasa |
BAHAWASANYA
KAMI WARGA SSMT DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI UNTUK :
- Mewujudkan sistem dan khidmat pendidikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap dan berkualiti, mesra dan penyayang serta dinamik dan berkesan.
- Melahirkan atlet yang cemerlang dan gemilang dalam bidang sukan selaras dengan dasar sukan negara.
- Melahirkan atlet yang berpencapaian akademik yang tinggi dan seiring dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memastikan kepimpinan yang sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan iaitu atlet, masyarakat dan negara/ kerajaan.
- Mewujudkan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, rela berkorban dan saling menghormati ke arah integrasi nasional.
Sedang kemaskini